Rabu, 25 Julai 2012

LATIHAN TATABAHASA-KATA BANTU


LATIHAN TATABAHASA : KATA BANTU
KATA BANTU
Kata Bantu terbahagi kepada dua kumpulan.

1. Kata Bantu Aspek
Kata yang menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa.
Contoh:
Sudah berlaku - sudah, telah, pernah
Sedang berlaku - sedang, masih
Belum berlaku - belum, akan
Kata bantu hadir sebelum kata kerja.
Sesetengah kata bantu aspek boleh hadir bersama-sama.
Contoh:
belum pernah
masih belum
telah pernah
masih sedang
sudah pernah
2. Kata Bantu Ragam
Kata yang menerangkan ragam yang berkaitan dengan perbuatan
yang dilakukan seseorang itu.
Contoh:
Mesti melakukan - mesti, harus
Hendak melakukan - hendak, mahu
Berkeupayaan melakukan - boleh, dapat
Kata bantu aspek juga boleh hadir secara berderetan dengan kata
bantu ragam, sama ada mendahuluinya atau mengikutinya.
Contoh:



Kata Bantu Aspek + Kata Bantu Ragam
sedang hendak
masih belum
belum boleh
belum hendak
akan dapat
Kata Bantu Ragam + Kata Bantu Aspek
harus sudah
harus telah
mesti akan
mesti sudah
mesti telah

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1.     Masa menjawab soalan itu __________ tamat.

A         sudah
B         lalu
C         mesti
D         sedang

2.    Salmiah __________ tinggal serumah dengan Amirah suatu ketika dahulu.

A         sudah
B         sedang
C         pernah
D         masih


3.    Chef Nizam ___________ mengangkat kek dari ketuhar.

A         sedang
B         masih
C         telah
D         mesti

4.    Encik Ahmad ___________ melawat jirannya di hospital.

A         dapat
B         hendak
C         boleh
D         harus

5.     Amir Izzat __________ mandi ketika saya ke rumahnya.

A         mesti
B         harus
C         mahu
D         sedang

6.     Rombongan kami __________ bertolak ke Ipoh pada pukul 9.00 pagi tadi.

A         sedang
B         harus
C         akan
D         telah


7.    Siapakah yang ___________ dipersalahkan dalam kejadian ini?

A         dapat
B         mesti
C         harus
D         sudah

8.     Kamu ___________ pandai memujuk hatinya yang luka itu.

A         mesti
B         sedang
C         sudah
D         akan

      9. Pasukan sekolah Syafiq ________ menjadi johan dalam perlawanan bola sepak
          semalam.

A         harus
B         akan
C         telah
D         mesti

10. Cikgu Kalsom ___________ ke Pulau Tioman pada hujung minggu hadapan.

A         belum
B         akan
C         telah
D         pernah

1 ulasan: