Rabu, 25 Julai 2012

LATIHAN TATABAHASA-KATA ADJEKTIF


LATIHAN TATABAHASA : KATA ADJEKTIF

KATA ADJEKTIF
Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan,
atau perbuatan. Ada sembilan jenis kata adjektif.

Jenis Kata Adjektif
1. Kata adjektif sifatan / keadaan
Contoh: baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, lemah, kasar, jahat, licin,
garang, buas, condong
2. Kata Adjektif Warna
Contoh: hitam, putih, biru, jingga, merah, ungu
3. Kata Adjektif Ukuran
Contoh: nipis, besar, pendek, tinggi, rendah, kerdil, tebal, panjang, kecil
4. Kata Adjektif Bentuk
Contoh: kemik, leper, bujur, buncit, lurus, bulat, lekuk, bengkok
5. Kata Adjektif Jarak
Contoh: jauh, hampir, dekat, sebelah, rapat, nyaris
6. Kata Adjektif Waktu
Contoh: cepat, lambat, silam, segera, baharu,
7. Kata Adjektif Perasaan
Contoh: sayang, ragu, kecewa, gembira, rindu, marah, sayu, sedih, pilu
8. Kata Adjektif Cara
Contoh: perlahan, segera, deras, laju, lincah, sering
9. Kata Adjektif Pancaindera
Contoh: pahit, manis, busuk, tampan, merdu, payau, kelat, masin, masam,
nyaring, gemersik


Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.

1.     Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya.

A         cair
B         putih
C         pekat
D         merah

2.     Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi.

A         ketat
B         besar
C         singkat
D         longgar

3.     Buah-buahan tempatan sungguh ______________ dan berpatutan pula harganya.

A         kelat
B         enak
C         manis
D         masam

4.     Air sungai itu __________ kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.

A         jernih
B         hitam
C         kotor
D         bersih





5.     Abdul Halim sedang mengasah sabit kelapa sawit itu kerana sudah __________.

A         tajam
B         kasar
C         kesat
D         tumpul
6.     Pengawas lelaki itu sering membawa buku __________ di dalam poket bajunya.

A         kecil
B         tebal
C         besar
D         panjang

7.     Cuaca malam ini __________ kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya.

A         sejuk
B         damai
C         panas
D         nyaman

8.     Udara di Kolam Air Panas, Pengkalan Hulu itu sungguh __________.

A         baik
B         cergas
C         nyaman
D         indah
     9. __________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh.

A         Indah
B         Muram
C         Kelam
D         Sayup

10. Pelajar Tahun Enam Waja sangat __________ dan hormat kepada guru-guru mereka.

A         baik
B         malu
C         takut
D         patuh

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan