CONTOH KARANGAN AUTOBIOGRAFI 2
Aku
Sebuah Kereta
Nama aku Wira. Aku
ialah sebuah kereta buatan Malaysia. Aku dibuat daripada besi, plastik, getah
dan kaca. Aku mempunyai badan, stereng, kerusi dan roda. Stereng, brek dan
pemacu aku berfungsi sebagai alat mengawal kenderaan.
Aku dibuat di
sebuah kilang kenderaan di Shah Alam. Setelah semua komponen badanku lengkap
dipasang, aku diuji dari segi ketahanan dan kualiti. Setelah siap diperiksa,
aku dihantar ke pusat pameran jualan kereta. Sampai sahaja di pusat pameran
menjual kereta, aku dan kawan-kawanku dipamerkan di ruang yang disediakan.
Badanku berwarna
merah dan berharga RM55,000. Sejak hari itu, aku dan kawan-kawanku menunggu
untuk dibeli oleh pelanggan. Pada suatu hari, datang seorang wanita yang hendak
membeli sebuah kereta untuk kegunaannya sendiri. Dia tertarik akan warna aku.
Setelah meneliti keistimewaan aku, dia pun membeli aku.
Kemudian, aku
dipandu pulang ke rumahnya. Dia menggunakan aku hampir setiap hari tanpa henti.
Saban hari aku digunakan oleh tuan aku untuk pergi bekerja dan menghantar
anaknya ke sekolah. Pada waktu malam pula, aku digunakan oleh anak lelakinya
untuk bersiar-siar dengan kawan-kawannya. Pada ketika inilah aku berasa sangat
tidak selesa kerana diperlakukan secara kasar oleh anaknya.
Pada suatu malam,
anak lelakinya menggunakan aku untuk menghadiri jamuan hari jadi kawannya. Aku
dipandu dengan laju melebihi had yang dibenarkan oleh pihak berkuasa iaitu 130
km sejam. Aku gagal dikawal lalu terbabas dan terlanggar sebatang pokok.
Badanku rosak teruk dan anak tuanku terkorban.
Aku telah dihantar ke bengkel untuk dibaik pulih. Setelah
dibaiki aku telah dijual oleh tuan aku. Kini, aku tersadai kedai menjual
kenderaan menunggu tuan yang baru. Namun begitu aku berbangga kerana telah dapat berbakti kepada tuan aku.