Rabu, 25 Julai 2012

LATIHAN KEFAHAMAN 2


LATIHAN KEFAHAMAN 2
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.


Saiful seorang yang pemalas. Dia sering ponteng sekolah. Oleh sebab itu dia selalu mendapat tempat yang tercorot di dalam kelasnya. Ibu bapanya risau dengan sikap Saiful itu. Tambahan pula, peperiksaan UPSR akan tiba tidak lama lagi.

      Saiful juga sering membuli murid-murid lain. Kadang-kadang dia memeras ugut murid-murid yang lebih kecil untuk mendapatkan wang. Sikapnya itu membuatkan dia tidak disukai oleh rakan-rakan sekolahnya.

      Pada suatu hari, Saiful berjalan-jalan di pekan. Tiba-tiba dia ternampak seorang pengemis yang kudung kakinya. Saiful mendekati pengemis itu lalu bertanyakan tentang kakinya yang kudung itu.

      Pengemis itu menceritakan tentang dirinya yang malas belajar ketika dahulu. Oleh sebab keputusan peperiksaannya yang teruk maka dia sukar mendapat pekerjaan. Untuk mendapatkan wang, dia sering melakukan aktiviti meragut hinggalah pada suatu hari dia terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kakinya terpaksa dipotong. Akhirnya, dia menyesal dan terpaksa mengemis untuk menampung hidupnya.

      Apabila mendengar cerita pengemis itu Saiful berasa insaf. Dia bertekad untuk berubah agar dirinya tidak menjadi seperti pengemis itu. Dia amat berterima kasih kepada pengemis itu kerana telah menyedarkannya.






1.    Mengapakah Saiful dibenci oleh rakan-rakannya?

A         Dia seorang pengemis
           
B         Dia sering ponteng sekolah

C         Dia suka membuli dan memeras ugut mereka.

D         Dia suka membuli budak-budak yang lebih kecil

2.    Apakah yang dilihat oleh Saiful di pekan?

A         Gurunya

B         Ibu bapanya

C         Kawan-kawannya

D         Seorang pengemis 

3.   Faktor utama yang menyebabkan Saiful berubah sikap ialah
      A         nasihat oleh ibu bapanya
      B         kemalangan yang menimpa dirinya
      C         cerita pengemis yang kudung kakinya
      D         dia ditangkap oleh gurunya semasa ponteng

4.    Pilih penyataan yang benar berdasarkan petikan.

A         Saiful belajar dalam tahun lima

B         Pengemis itu pernah menjadi peragut

C         Kawan-kawan suka bersahabat dengan Saiful

D         Saiful masih tidak berubah sikapnya selepas mendengar cerita pengemis
            Itu.

5.    Apakah maksud rangkai kata tempat yang tercorot dalam petikan?
A         Tempat yang terawal
B         Tempat yang paling tepi
C         Tempat yang paling hujung
D         Tempat yang terkebelakang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan